Mara tikam anak Melayu
OLEH Fatah Arif

HAIRAN, sebuah agensi kerajaan yang tebal semangat kemelayuannya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) tiba-tiba membatalkan tawaran empat pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara.
Dua pelajar terbabit akan ke Tingkatan 1 dan dua lagi ke Tingkatan 4.
Yang menarik, hujah timbalan ketua pengarah (pendidikan) Mara, Nam Marthinin. Beliau dilaporkan berkata “langkah tegas itu diambil setelah mendapati ibu bapa mereka dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal membayar balik pinjaman Mara.”
“Sebelum tawaran dibuat kita akan siasat latar belakang mereka,” beliau dipetik sebagai berkata kepada agensi berita Bernama (3 Mac).
Nam berkata Mara akan terus memantau dan memeriksa butir-butir setiap permohonan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran atau mendapatkan tajaan menerusi pelbagai agensi Mara bagi memberi peluang kepada pelajar lain yang lebih layak dan memenuhi syarat.
Tetapi apakah logika orang kuat Mara ini boleh dibanggakan? Atau, hujahnya semata-mata cermin kebodohannya, dan juga kebebalan Mara bawah kepemimpinannya?
Mara sebelum ini membuat pengumuman akan membatalkan tawaran kemasukan ke MRSM kepada pelajar yang ibubapa mereka disenarai hitam atau sedang menghadapi tindakan undang-undang kerana gagal membayar balik pinjaman berkuat kuasa mulai sesi akademik 2006 Februari lepas bagi memberi peringatan kepada ibubapa supaya lebih bertanggungjawab.
Hujah Mara, atau Nam, sebetulnya mengguna prinsip “ibu bapa bersalah, anak harus turut dihukum.”
Setahu kita kesilapan, kesalahan dan jenayah orang tua tidak boleh dibabitkan dengan anak-anak. Kesilapan generasi tua tidak harus dihukum pada generasi muda. Secara tidak langsung, memang ada anak yang terkena tempias kesilapan, dosa atau jenayah orang tua. Tetapi secara langsung, tidak ada.
Bapa merogol, anak harus disebat? Emak menipu, anak ke penjara?
Tetapi Mara nampaknya memakai prinsip berhujah yang ganjil. “OK, mak bapak engkau yang tidak bayar hutang dan enjoy sakan dengan harta Mara. Engkau darah daging mak bapak, bukan? Kau kenalah tanggung!” ~ beginilah hujah Mara.
Apakah ia masuk akal?
Saya lebih selesa dengan cara berfikir Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Awang Mohamod.
Beliau dilaporkan berkata, pendidikan dan hutang adalah dua perkara berbeza dan Mara tidak wajar menjadikan pelajar sebagai mangsa yang tidak berhutang.
“Mungkin Mara sendiri ada kelemahan dalam mencari jalan mengutip hutang sehingga ibu bapa pelajar terbabit gagal menjelaskannya. Janganlah kerana ibu bapa tak bayar hutang, anak mereka yang terpaksa menerima padah,” katanya kepada Berita Minggu (5 Mac).
Kalaulah (ulang: kalaulah) saya pelajar Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 yang mahu ke Mara, tentulah saya berhujah (kalau mahu berhujah): “Kenapa saya dihukum atas kesilapan (atau kecuaian) ibu bapa saya?”
Memang menjadi hak Mara untuk menolak permohonan seseorang pelajar ke MRSM. Saya dulu, walau miskin papa kedana, tidak diterima masuk ke MRSM. Saya hanya diberikan peluang belajar di sekolah berasrama penuh lain bawah Kementerian Pelajaran.
Soal MRSM memilih pelajar-pelajar tertentu bukanlah isu yang serius di sini.
Isu yang paling serius, lebih serius daripada isu-isu lain, ialah pada cara berhujah Mara. “Aku akan bunuh hang jika Pak hang bunuh Pak aku!”
Masuk akal ke cara berfikir begini, Mara?
Nam Marthinin, cakap Mara nak tolong Melayu! Bagaimana begini?
[kembali ke halaman utama]